KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI(KBA
Onoska dan Newmann(1994) menjelaskan bahawa PemikiranArasTinggi didefinisikan sebagai
penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru.
Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir,
menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau
menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat
yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam
situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil. Mengikut Zevin (1995), pada
kebiasaannya, Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia ada
dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah
yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada
Pemikiran Aras Tinggi. HOTS merupakan satu program kemahiran berfikir
yang menggunakan aktiviti-aktiviti pemikiran peringkat tinggi melalui komputer
untuk memperbaiki kemahiran asas, keyakinan sosial dan kemahiran penyelesaian
masalah pelajar (Pogrow, 1985). Penguasaan kemahiran dan keyakinan adalah
syarat yang penting untuk pelajar melibatkan diri dengan cekap dalam aktiviti
pembelajaran yang kompleks. Sebelum menggunakan komputer, guru mengadakan satu perbincangan pemikiran di
mana pelajar diminta menerangkan akibat dari strategi mereka dan guru juga
mengutarakan soalan-soalan yang mencabar untuk pelajar selesaikan. Perlaksanaan
program HOTS adalah berpisah dari pengajaran kelas yang biasa; di mana HOTS
menggabungkan aktiviti komputer yang membolehkan pelajar menguji secara serta
merta akibat dari idea mereka terhadap soalan-soalan, dengan kaedah pengajaran
yang memberikan peluang kepada pelajar untuk banyak berfikir secara berkesan.
HOTS membantu pelajar membina strategi untuk menghubungkan idea-idea mereka
secara berkesan.
No comments:
Post a Comment