KEPENTINGAN
PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN .
Ulasan
Artikel
ini adalah hasil kajian yang dijalankan oleh Faizah binti Othman dan Seamah binti Rahman
dari Fakuliti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini dijalankan bagi membincangkan berkenaan perbezaan corak
kemahiran berfikir dalam bidang sains, bahasa dan teknikal. Ketiga-tiga bidang
ini mempunyai perbezaan corak kemahiran berfikir yang diaplikasikan dan ia
adalah bersesuaian bagi setiap bidang. Memandangkan kemahiran berfikir
penting dalam sistem pendidikan, maka kertas kerja ini ingin mengupas dengan
lebih lanjut aspek-aspek penting tentang pengaplikasian kemahiran berfikir
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Perbincangan ini juga
akan mengemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan pengaplikasian kemahiran
berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Penguasaan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif pada masa kini merupakan suatu perkara yang
penting dalam bidang pendidikan. Beyer (1985) dalam Selva Ranee (2007),
menyatakan bahawa ramai pendidik beranggapan bahawa pelajar akan belajar
bagaimana berfikir. Menurut Ennis dan Norris (1989), pemikir yang baik tidak
semestinya pemikir yang kritis tetapi pemikir yang kritis adalah pemikir yang
baik. Kemahiran berfikir ialah proses menerima maklumat atau rangsangan.
Pembangunan sesebuah negara amatlah bergantung kepada minda dan potensi
rakyatnya. Kekuatan sebenar sesebuah negara terletak pada tahap ilmu dan
kemahiran yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut.
Isu
pertama: Adakah penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
mempunyai kepentingan untuk melayan gaya pembelajaran?
Isu
kedua: Bagaimanakah pendekatan penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif dijalankan oleh guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
KETERANGAN
LANJUT:
ARTIKEL DAN ULASAN 2
PENGAJARAN
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI: KESEDIAAN GURU MENGENDALIKAN PROSES PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Ulasan
Kertas kerja ini adalah hasil kajian yang dijalankan oleh N.S. Rajendran Ph.d dari Universiti Pendidikan
Sultan Idris tentang aspek penyediaan guru untuk membolehkan guru-guru mengajar
kemahiran berfikir melalui matapelajaran yang mereka ajar. Kekuatan sebenar sesebuah negara terletak pada tahap ilmu dan kemahiran
yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut. Sistem pendidikan sudah semestinya
diberi tanggungjawab yang begitu besar untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran
kepada rakyatnya. Isu-isu yang
dibincangkan apabila melaksanakan KBAT dalam mata pelajaran adalah cabaran
kepada guru ialah ketidaktentuan dalam mengendalikan proses pengajaran
pembelajaran. Tanggungjawab guru bertambah menjadi kompleks dengan bertambahnya
pelbagai ekspektasi terhadap generasi muda negara ini. Isu yang keduanya ialah guru-guru monopoli di
kelas. Ini bermaksud gurulah yang menguasai kebanyakan wacana dalam kelas yang
secara langsungnya menyebabkan pelajar menjadi pelajar yang pasif.
KETERANGAN LANJUT: http://nsrajendran.tripod.com/Papers/PPK12001A.pdf
ARTIKEL DAN ULASAN 3
PENYELESAIAN MASALAH
Ulasan
Kajian ini merangkumi pendekatan heuristik (bukan mekanikal),
memahami masalah, membincangkan alat atau strategi penyelesaian yang sesuai,
menilai kewajaran penyelesaian untuk analisis lanjutan dan contoh-contoh dalam
kehidupan seharian. Penyelesaian masalah merupakan
salah satu fokus utama dalam kurikulum matematik kini. Menguasai kemahiran dalam penyelesaian
masalah adalah penting bagi seorang individu kerana ia merupakan proses dimana
individu tersebut menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pemahaman sedia
ada untuk menyelesaikan
masalah baru. Penyelesaian masalah adalah mencari penyelesaian masalah yang tiada
penyelesaian semerta , mencari penyelesaian masalah yang sukar diselesaikan, mengatasi
halangan dalam menyelesaikan masalah,dan mencapai matlamat yang diinginkan
dengan menggunakan kaedah yang sesuai . Heuristik merangkumi semua bidang penyelesaian masalah
baik masalah teknikal(rutin) dan bukan teknikal (bukan rutin). Ia merupakan
satu set cadangan dan soalan yang harus difikirkan oleh pelajar untuk membantunya
dalam penyelesaian masalah. Ianya bukan algoritma penyelesaian masalah tetapi satu
cara berfikir untuk melihat dan menyelesaikan sesuatu masalah dari pelbagai aspek.
Penyelesai masalah mengunakan heuristik untuk meneroka konsep matematik
untuk menyelesaikan masalah. Heuristik juga boleh dikatakan sebagai proses
memikirkan cara
penyelesaian masalah yang kadang kala tidak disedari atau
dikenali sebagai heuristic oleh penyelesai masalah tersebut
Keterangan lanjut : www.lmsipda.net/.../WAJ3105_Literasi_Nombor.pdf
Pembelajaran Akses Kendiri
Ulasan
Artikel ini
berkaiatan dengan pembelajaran akese kendiri. Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)
ialah satu program yang membolehkan murid belajar secara kendiri melalui
penggunaan bahan pembelajaran. Murid diberi peluang memilih aktiviti, menilai
hasil kerja dan memantau kemajuan mereka sendiri agar mereka bertanggungjawab
dan berdikari atas pembelajaran mereka.
Menurut Gardner dan
Mille(1996), murid berautonomi ialah murid yang berinisiatif untuk merancang
dan melaksanakan program pembelajaran sendiri. Murid perlu pro-aktif dalam
proses pembelajaran (Autonomy 2000 Paper Catering for Individual Learning
Styles by Fitzerald Morral and Morrison). Pemikiran baru dalam bidang
pendidikan mendapati bahawa murid boleh bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka sendiri. Hal ini membawa kepada peranjakan mod pengajaran dan
pembelajaran berpustkan guru kepada pembelajaran sendiri.
keterangan lanjuat : www.moe.gov.my/bpk/bsk/.../akses_kendiri.pdf
Heuristics and biases as measures of
critical thinking: Associations with
cognitive ability and thinking dispositions.
Richard F. West (James Madison University), Maggie E. Toplak (York University),
Keith E. Stanovich (University of Toronto)
Journal of Educational Psychology 2008
Dalam artikel ini, penulis menyatakan terdapat julat dalam psikologi kognitif sebagai aspek pemikiran kritis: kecondongan kognitif dalam heuristik dan mempengaruhi kesusasteraan. Kajian seramai 793 para pelajar(264 lelaki dan 529 wanita), penulis mendapati keupayaan bagi mengelakkan kecondongan adalah sederhana berhubungkait dengan ukuran keupayaan tradisional “critical thinking” bagi sebab menggunakan akal apabila konflik logik dengan kepercayaan.
Kuncikata: pemikiran kritis, heuristik dan mempengaruhi, perisikan, pembawaan pemikiran.
Para peserta menyelesaikan tugasan semasa, 2 hr sesi. Selepas menyempurnakan demografi lembaran maklumat, para peserta selesai, teratur, perangai pemikiran barang, taakulan syllogistic tugas, dan heuristik dan mempengaruhi tugas.
Masalah Taakulan Syllogistic sebahagian besar daripada Markovits dan Nantel (1989), telah disiapkan oleh para peserta. Setiap masalah kata penghakiman kesahan berada di konflik dengan believability kesimpulan. Terdapat dua jenis deduksi tidak selaras. Satu jenis silogisme tidak selaras mempunyai sebaris kesimpulan boleh dipercayai tetapi satu format tidak sah.
Pembawaan Pemikiran Dua pembawaan pemikiran telah diukur berfikiran terbuka (Stanovich & West, 1997, 2007) dan perlukan kognisi (Cacioppo, Petty, Feinstein, & Jarvis, 1996). Semua perkara telah dijaringkan sebegitu rupa skor lebih tinggi diwakili satu lebih besar kecenderungan terhadap pemikiran berfikiran terbuka.

No comments:
Post a Comment